Sakit?

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Sakit..atau Ujian ! Setiap seorang daripada kita pernah merasa sakit. Itu pasti ! Sakit adalah satu subjek yang terlalu subjektif. Tiada jawapan pasti apakah sebenarnya sakit? Sakit yang macam mana? Ada yang sakit kerana banyak duit, ada yang sakit kerana tiada duit, ada yang sakit anggota badan dan lain-lain perkara yang tidak menyenangkan kita. Itulah sakit.

5 perkara sebelum 5 perkara..antara nya sihat sebelum sakit..

Suatu ketika dulu, saya selalu mengeluh apabila datang ujian. “Alahai, kenapa mesti aku yang dapat semua ini? ” Persoalan yang sering bermain dikotak pemikiran insan kerdil. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya. Kita sering mengeluh apabila ujian datang. Sebenarnya, apabila Allah datangkan ujian kepada kita, itu tandanya Dia rindukan hamba-hambanya. Semakin banyak ujian yang datang, semakin dekat kita kepada-Nya. Sembahlah Dia, merayu di hadapan-Nya, segala rintihan, luahkan segalanya kepada-Nya. Dia Maha Mendengar !

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)

Sahabat, jangan mengeluh apabila ditimpa dugaan. Bersyukurlah. Bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita. Kita antara  insan terpilih yang dipilih untuk menerima dugaan dari-Nya.

Semoga kita sentiasa bersyukur apabila diuji. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Rintihlah kepada-Nya, merayulah, luahkan segala yang terpendam kepada-Nya selagi kita mampu. Mati itu pasti, tiada seorang pun antara kita yang mengetahui bila tiba masa kita. Selagi masih belum terlambat, selagi terdaya, taubatlah.. InsyaAllah, Dia pasti menerima taubat kita. Walaupun pahit, namun kaki harus terus melangkah.

Ampunkan daku Ya Allah Ya Rabb. Ampunkan dosa kedua ibu bapaku, adikku, keluargaku, sahabat-sahabat ku.. Redhailah kami, berkatilah rezeki kami. Temukan kami semula di Jannah-mu.. Amin..

Al Fatihah untuk arwah daddy ( Komandan Kem Princess Haliza ) dan saudaraku, adik Zafran.. Tempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s