Antara kita saling melengkapi

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Final Exam for Calculus III was 5th July 2012 

Final Exam for MGT420 was 6th July 2012

Ya Allah, selepas kertas CalIII , esoknya terus MGT420.. Dugaan.. dugaan.. dan sebenarnya ini satu pengajaran.. JANGAN ULANG-KAJI SAAT-SAAT AKHIR..

Semoga pengajaran ini akan menjadi panduan untuk menempuh hari esok. Sebenarnya saya agak kecewa, soalan Calculus boleh dikatakan susah.. mungkin lebih senang apabila diklasifikasikan sebagai agak susah. Jangan risau, kita dah berusaha, berdoa dan bertawakallah.. insyaAllah, ada keajaiban dipenghujungnya.

MGT420 adalah salah satu subjek yang memerlukan daya penghafalan yang amat tinggi, bagi saya sebagai seorang pelajar Matematik. Bagi pelajar Pengurusan Maklumat pula, MGT420 merupakan subjek yang boleh dikatakan sebagai senang. Inilah buktinya, pendapat tentang MGT420 melalui persepsi yang berbeza. Persepsi seorang pelajar Matematik dan pelajar Pengurusan Maklumat. Ciptaan yang Maha Kuasa, kita saling melengkapi antara satu sama lain. SubhanAllah.. Contohnya, doktor dan pesakit, pelajar dan guru. ! Analogi yang mudah serta ada maksud yang tersendiri.

Ringkasnya, sebagai manusia, kita janganlah sombong dan riak dengan segala kelebihan yang ada pada diri kita. Jadikan kelebihan kurniaan Allah untuk melindungi kelemahan yang ada pada sahabat kita yang lain.
“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…..” (Surah An-Nahl : 125) 

Allah membahagikan rezeki kepada umat-Nya dengan berbeza-beza kuantiti. Contohnya Allah membahagikan ilmu dan kebijaksaan kepada umat-Nya dengan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian, jatuhlah tanggungjawab kepada mereka yang berilmu untuk mengajar mereka yang kurang ilmunya dan jangan pula kamu memandang rendah kepada mereka. Mungkin kelebihan yang mereka miliki adalah kekurangan pada diri kita ! Allah Maha Adil.. (Ini juga sebagai pesanan kepada diri saya sendiri).

Semoga Allah terus memberikan ilham dan rahmatnya kepada insan seperti kita. InsyaAllah.

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s