Kehadirannya satu anugerah..

Bismillahirrahmanirrahim. .

14 Mei 2012. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk melihat dunia..

Anak rantau… mungkin agak sebati dalam diri.. hehe. . Rumah beribu batu jauh ditinggalkan semata-semata untuk mencari secebis ilmu khazanah Allah. InsyaAllah mendapat redha-Nya , didoakan kesejahteraan oleh sekalian malaikat dan direstui ayah bonda.

Pengembaraan mencari secebis ilmu Allah amat memerlukan restui kedua ayah bonda.

Nabi saw. bersabda, ” Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu.” (HR al-Hakim)

Sabda Nabi menjelaskan bahawa sesungguhnya redha Allah bergantung kepada redha ayah bonda.  Mereka merupakan malaikat kecil yang dianugerahkan kepada kita. Kehadiran mereka ibarat anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat merindui malaikat-malaikat kecil mu. Jarak yang memisahkan membuatkan perasaan rindu , kasih dan sayang semakin membuak-buak. Sungguh ya Allah, aku sangat merindui mereka. Everything happen with its own reason.  Perjalanan hidupku yang telah  Kau tetapkan sebenarnya mengandungi seribu satu rahmat yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim.. lindungilah malaikat-malaikat kecil ku… ampunilah dosa-dosa mereka, limpahkan gudang rahmat rezeki Mu kepada mereka. Seandainya apa yang aku miliki tidak mampu untuk membahagiakan mereka, nescaya, kau berikanlah kebahagiaan hakiki kepada mereka Ya Allah. Engkau bahagiakanlah mereka. Lindungilah mereka dari segala bencana. Berikanlah peluang kepada kami untuk bertemu dan bersatu dan Engkau berikanlah peluang kepada-ku untuk membahagiakan mereka, membalas jasa budi yang telah mereka taburkan. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan permata yang amat berharga kepada aku dan adikku.  Aku sangat merindui mereka.

Ya Allah, satukan kami di Jannah pada satu ketika nanti. Amenn Ya Rabb..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kehadirannya satu anugerah..

  1. menulis dgn rasa hati lebih dekat denganNYA…

  2. amalinaabubakar says:

    insyaAllah. ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s