Pilihlah…

Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah , masih lagi diberi ruang untuk bernafas demi mengharungi sisa-sisa kehidupan yang tidak pasti bila akan berakhir. Mungkin setahun lagi, sebulan, seminit atau sesaat dari sekarang ? Tiada sesiapa pun dari kalangan kita yang mengetahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Adakah kita yakin kita masih mampu melangkah dan mampu bernafas pada sepuluh tahun akan datang bahkan sesaat dari sekarang kita tidak mampu untuk pasti adakah kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

Tiada yang kekal abadi melainkan Allah yang satu !

Sahabat .. .. Kawan..

Apakah sahabat ? Apakah kawan?

Tiada sahabat, teman atau kawan yang akan kekal setia mendampingi saat susah dan senang. Satu-satunya tempat mengadu hanyalah kepada Allah s.w.t

Sahabat datang dan pergi mengikut peredaran masa. Zaman tadika, sahabat kita A, menganjak ke sekolah rendah, sahabat kita B, seterusnya C , D , E atau F.  Oleh itu, pilihlah sahabat yang membina , mampu menyokong kita untuk ke arah yang lebih baik dan bersahabatlah atas paksi kerana Allah s.w.t . Semoga persahabatan kita akan sentiasa diredhai-Nya selamanya. Ameen.

“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)

Kenallah hati budinya semasa bersahabat. Perkara baik jadikan ikutan yang buruk jadikan teladan. Setahun atau mungkin sepuluh tahun bersahabat tidak memberi jaminan bahawa kita benar-benar mengenalinya. Berhati-hatilah memilih sahabat.

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

Bersahabatlah atas paksi kerana Allah s.w.t. Semoga persahabatan yang dijalinkan akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Ameen Ya Rabb.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s