Permulaan Kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim. .

Syukur kehadrat-MU Ya ALLAH kerana masih memberikan-ku peluang untuk terus bernafas .. terus berjalan dan terus mengorak langkah untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik ..

Perlis, sebuah negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia. Langsung tidak pernah terlintas di hati kecil untuk terus melangkah menimba ilmu di negeri asing ini. Asal daripada negeri nun jauh di Sarawak, beribu batu jauhnya.. Terus melangkah demi sebuah impian dan harapan ayah bonda. Berjuta perhitungan perlu dibuat untuk memastikan keputusan pilihan. Ya Rabb, Engkau telah memberikan-ku petunjuk. Daku insan lemah yang amat memerlukan petunjuk dari-MU yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah. Semoga pengembaraan-ku akan sentiasa berada dalam lindungan-MU. Ameen.

Asalnya daripada seorang gadis yang tidak menutup aurat,  solat lima waktu Subuh, Zohor,   Asar , Marghrib dan Isyak diabaikan, apatah lagi Ummul Khitab Al-Quran jarang sekali dibaca. Ampunkan daku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Sesungguhnya pengabaikan-ku terhadap segala perintah-MU bukanlah kesilapan ayah bonda-ku. Namun, diri ini amat ego untuk menerima didikan mereka. Ayah bonda menjemput guru ke rumah untuk mengajar memperbaiki tajwid dalam bacaan Al-Quran, namun sedikit pun usaha mereka tidak ku hargai. Wahai ayah bonda, ampunkan dosaku.

Namunsiapa sangka dan tiada sesiapa yang dapat menyangka apa yang bakal terjadi dan apa perancangan-Nya untuk kita . Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Perlis, satu ketentuan yang membawa seribu rahmat. Allah menganugerahkan kepadaku sahabat-sahabat yang  mengamalkan ajaran agama-MU . Alhamdullillah. Solat lima waktu mula dilaksanakan. Subuh sebagai permulaan, solat berjemaah Zohor di masjid universiti , Asar, Marghrib dan Isyak sebagai penghujung. Alhamdullillah. Sedikit demi sedikit, aurat dapat dijaga dan sekarang daku mula merangkak mengamalkan puasa sunat pada tiap hari Isnin dan Khamis. Walaupun kadang-kala cuma mampu berpuasa sunat seminggu sekali, namun, ia berbekas di hati sangat terkesan. Syukur pada-MU Ya Rabb.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?” Surah Ar-Rahman. 

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan hiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” Surah Al-A’Raaf

Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang .. Syukran Ya Allah atas segala limpah kurnia dan hidayah yang Engkau anugerahkan. Semoga daku terus diberikan kekuatan untuk melangkah ke jalan-MU. Walaupun penuh liku, namun kaki harus terus melangkah.  Ameen

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Permulaan Kehidupan..

  1. ieja says:

    ayat2 kau menusuk . selamat berjaya amal🙂

  2. cik faz says:

    hidayah itu milik Allah..syukur alhamdulillah hidayah itu diberi olehNya..🙂

  3. amal, im feel so sad after read ur blogg.. ngeee~~

  4. InsyaAllah…keep it up…jadikan sebagai ibadah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s