Rindu !

Bismillahirrahmanirrahim. .

Rindu

Salam sejahtera …

No word can describe what I feel ! I miss my family so much.

Datanglah sayang…….

dan biar kan ku berbaring……..

di pelukanmu walaupun sejenak…….

usaplah dahi ku dan akan ku katakan semua…….

kau buat ku tersenyum….

dengan gelak tawamu…..

kerana hanya engkaulah yang sanggup redakan aku….

kerana kaulah satu-satunya untuk ku….

dan pastikan kita selalu bersama…..

dan kerana dirimu lah yang sanggup mengerti aku .. dalam susah mahupun senang..

jangan tinggalkan aku sendiri !

Semoga kita bertemu lagi!

Salam sayang dari Arau

Nurul Amalina binti Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Penang

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Pulau Pinang , Pulau Mutiara

Lebih kurang sepuluh tahun yang lepas, saya pernah berangan-angan untuk ke Penang. Angan-angan budak sekolah !

27 Disember 2012, Allah makbulkan doa saya untuk berjalan-jalan di Penang. Saya pernah ke Penang, tapi cuma di Airport Penang, dan terus ke Perlis. Dua hari lepas, saya berpeluang ke Perlis bersama-sama keluarga kawan saya. Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah..

Doa saya sepuluh tahun lepas, Allah dah makbulkan. .. dan sebenarnya, saya pun dah lupa yang saya pernah berdoa untuk ke Penang. Benar ! Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Berdoalah, lambat atau cepat Allah makbulkan doakan, jangan dipertikaikan.. Pasti ! Allah ada sesuatu yang terbaik untuk kita yang pasti Allah akan mendengar setiap doa dari hamba-Nya. Berdoalah walau bukan di atas tikar sejadah.

Laksa Tok Janggas ( Kalau tak silap )

Laksa Tok Janggas ( Kalau tak silap )

Char Kuey Tiaw Sg Dua

Char Kuey Tiaw Sg Dua

Terima Kasih :) Semoga Allah memberkati awak sekeluarga

Terima Kasih :) Semoga Allah memberkati awak sekeluarga

Jambatan kebanggaan rakyat Penang !

Jambatan kebanggaan rakyat Penang !

Pulau Pinang

Pulau Pinang

Permandangan dari tingkat 10

Permandangan dari tingkat 10

Pandangan dari tingkat 10

Pandangan dari tingkat 10

Permandangan dari dalam Feri ke Pulau

Permandangan dari dalam Feri ke Pulau

Permandangan dar Feri

Permandangan dar Feri

Allhamdulillah, kata Hamka, “Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya”.

Dalam hati, saya terus berdoa dan bersyukur, “ Bukan semua antara kita yang berpeluang melihat dan menjejakkan kaki di tempat orang, bukan semua yang mampu.. maka aku bersyukur.. dan semoga saudaraku dan sahabatku yang lain juga diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sini (Penang).. untuk melihat dan merenung keesaan-Nya dan kehebatan ciptaanNya… SubhanAllah “ 

Lihatlah dunia dari dimensi secara keseluruhan. Lihatlah dunia dari sudut yang berbeza daripada biasa. SubhanAllah, lihatlah kebesaran Allah, kehebatan ciptaan-Nya dengan mata hati..

Syukur Allah, kerana memberi peluang kepada diri-ku untuk terus melangkah kaki, meneroka alam indah ciptaan-Mu.

Semoga pengalaman ini akan menjadikan aku manusia yang lebih bersyukur dan terus berusaha untuk berada di atas landasan yang betul. ..Aminn

Pengalaman mematangkan minda dan dengan berbekalkan sedikit pengalaman , insyaAllah, anjakan paradigma terus meningkat dan menjadi insan berminda kelas pertama untuk terus membantu sahabat yang lain.. InsyaAllah.

Sahabat, lihatlah dunia dari dimensi akhirat.. Syurga Allah berjuta kali lebih hebat dari dunia sementara ini. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin. Persiapkan diri kita menuju ke perkampungan abadi…

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sueha di Perlis

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Kata Hamka, ” Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya.. “

27 Disember 2012 dalam minggu belajar ( study week ) .. tapi … berehatlah sekejap.. MAT522 adalah first paper pada 13 Januari 2013. MAT522 agak susah ! Berusaha, in sha Allah , Allah akan permudahkan segala-galanya. Amin. Jika Allah hendak memberi nikmat kepada kita, tiada satu tangan pun yang dapat menahannya.. Jika Allah tidak memberi nikmat kepada kita, tiada satu tangan pun yang boleh menghulur kepada kita. Segala yang ada pada kita sudah cukup nikmat dari Allah s.w.t.

Ini kisah Nurul Nasuha…mengenali beliau adalah satu kenangan yang akan sentiasa di hati.. 20.12.2012 Sueha berangkat dari Segamat menuju ke Arau.. Alhamdulillah, selamat sampai di Terminal Kangar pada 21.12.2012. Maka, bermulalah pengembaraan bersama Sueha ke Perlis. Menjelajah sekitar Perlis untuk melihat segala nikmat kurniaan Allah.. SubhanAllah..

Lihatlah sahabat.. lihatlah.. renunglah dengan mata hati , ciptaan Allah, the Best Creator. 

Sueha dan Fatimah

Sueha dan Fatimah

Saya dan Sueha

Saya dan Sueha

Padi, Sueha suka sangat..

Padi, Sueha suka sangat..

Kuala Perlis Seafood

Kuala Perlis Seafood


Alhamdulillah… rezeki kita rahsia Allah… kadang-kadang kita dapat rezeki yang kita tak akan pernah terfikir. . Say Allhamdulillah, Thank you Allah..

Semoga ukhuwah akan sentiasa terpelihara. Terima kasih daun keladi , lain kali datanglah lagi. In sha Allah, semoga bertemu di Jannah. Aminn

Salam dari Arau,

Nurul Amalina binti Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tudung…

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Pertama sekali, maaf jika tulisan saya agak berunsur skema. I am not that nerdy. Saya cuma berusaha untuk menggunakan Bahasa Malaysia dengan cara yang betul.

Saya bukanlah seorang yang pandai ilmu agama tapi setakat asas, In Shaa Allah boleh lah.

2011 dalam pertengahan tahun, berlaku gempa bumi di Sumatera dan pada masa yang sama kawan-kawan bercerita tentang kisah Rasulullah s.a.w bertemu seorang tua yang bongkok, kemudia Baginda bertanya, siapakan orang tua tersebut dan org tua itu menjawab bahawa dirinya adalah bumi. Kemudian, saya terfikir.. jika pada zaman Baginda bumi telah berusia sebegitu ( boleh ditafsirkan dengan sifat fizikal yang bongkok ), apatah lagi pada zaman kita.. Peristiwa gempa bumi tersebut membuatkan saya berfikir dan merenung kembali diri yang sedang hanyut. Persoalannya, “Sampai bila aku tak nak pakai tudung?”. Ajal maut di tangan Tuhan. Kita sendiri juga tidak pasti bilakah tiba masa kita dijemput? Dijemput pulang ke perkampungan abadi. Esok belum pasti adakah kita masih bernafas.. jangankan esok, sesaat lagi pun kita tidak pasti apakah kita terus melihat dunia.

Yes, starting from there ! .. Saya berusaha dan terus berusaha memujuk diri untuk pakai tudung.. Alhamdulillah.. saya berjaya.. ia bukan perubahan drastik.. tapi saya mencuba langkah demi langkah.. langkah demi langkah.. Secara jujurnya, kadang-kadang saya sangat rindu pada zaman lalu.. rindu new hair-style dan yang sewaktu dengannya.. . Namun, langkah harus diteruskan… In Shaa Allah, bahagia menanti … Kuatkan hati, kuatkan semangat…semoga suatu hari nanti saya akan berjaya dan segala amalan diterimaNya. Aminn. Puan Roza pernah berkata, ” Bench-mark bagi seorang perempuan yang telah menutup aurat dengan sempurna apabila dia boleh terus menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung “. Malangnya, saya belum sampai ke tahap itu tapi saya berusaha.

Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha pengampun lagi Maha mengasihani.”

Aurat bukan sekadar menutup rambut. Lebih dari tersebut, rujuk Aurat .

JOM ! berusaha untuk melengkap diri kita sebagai persediaan menuju ke perkampungan abadi…. Semoga segala usaha dipermudahkan , diredhai dan diberkati.. In Shaa Allah,. Aminn

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jitra

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Jumaat, 16 November 2012 iaitu 10 hari selepas birthday Liyana… ahli-ahli bilik B4 Asrama Sri Sejati membuat lawatan ke Jitra, Kedah.. dalam 1 jam dar Perlis.. Sampai je Jitra , terus ke Tutti Frutti…

Yana, Timo dan Lea rancang nak tengok wayang Istanbul Aku Datangggg… tapi saya tak join sekali sebab…. hurmmm tak minat sangat … mungkin atas dasar beberapa sebab.. mungkin saya bukan dilahirkan dari keluarga yang suka tengok wayang.. arhh.. mungkin… It was just my simple assumption . Please don’t get me wrong.. :)

So, waktu Yana, Timo dan Lea tengok wayang.. saya lepak-lepak dengan Zaki … He’s one of my good friends. AGAIN ! Don’t get me wrong… Zaki ada lagi dua orang kawan i.e Izil dan Ijan..They are very friendly. Sementara tunggu movie Istanbul Aku Datang habis.. Zaki ajak ke rumah.. Wah ! Mak Zaki dah masak Laksa… sedap-sedap… Terima Kasih ye !

Now, jum kita ke Tasikk… D’Aman Park… Seronoknya….

Surprise untuk Yana ! Happy Birthday Girl 

Sehingga berjumpa lagi ,

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Amanah

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Amanah..

satu perkataan yang cukup ringkas dan mendalam. .

amat.. amat berat… berat untuk dipikul..

tersilap langkah.. segalanya hancur..

Amanah dari Allah, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan sahabat WAJIB kita laksanakan dan gunakan dengan sebaik-baiknya supaya suatu hari nanti, kita dapat menjawab segala persoalan dari yang Maha Kuasa.

Alangkah indahnya syurga.

Syurga idaman setiap insan.. setiap makhluk yang ada dimuka bumi ini,.. Kurniakan kami nikmat syurga-Mu Ya Allah… Amin.

Mari sahabat, kita bersama-sama mengumpul bekalan menuju ke perkampungan abadi..

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perjalanan mencari damai di hati.

Bismillahirrahmanirrahim. .

Salam sejahtera …

Semester 3 bermula pada 10 September 2012. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sungguh , berat rasa hati untuk meninggalkan Kuching. Pilunya hati apabila mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tercinta. Ma’assalama Mak, Bapak, On, Maknek dan semua yang ada. InsyaAllah, semoga panjang umur, berjumpa pada lembaran yang akan datang. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, panjangkan umur kami, berikanlah rezeki kesihatan yang baik kepada kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Amin amin Ya Rabbalalamin.

Perlis… Suatu perjalanan kehidupan.. Perjalanan mencari damai di hati, redha Ilahi.

Ya Rahman Ya Rahim, Ya Allah.. Sesungguhnya, hanya Engkau tempat aku berserah. Ya Allah, aku berdoa dengan penuh rasa kerdil. Ampuni dosa aku Ya Allah.. Ampuni hamba-Mu yang hina ini ya Allah.. Sesunggunya dosa aku ibarat pasir dilautan. Ya Allah, biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu. Ya Allah, ampuni la kedua ibu bapaku.. seluruh ahli keluargaku.. Berikan kami gudang keampunan-Mu Ya Allah. Anugerahkan kami gudang rahmatmu..

Ya Allah, sesungguhnya aku berdoa, berkatilah perjalanan-ku. Perjalanan mencari damai di hati. Berikan peluang kepada ku untuk membalas budi keluargaku. Berilah peluang kepada kami untuk menjejakkan kali ke bumi anbiya . Mekah Madinah … InsyaAllah..

Sesungguhnya Ya Allah… Engkau dekatkanlah hatiku kepada-Mu Ya Allah.. Semoga daku terus dikurniakan taufik hidayah dari-Mu. Janganlah Engkau palingkan daku dari hidayah-Mu.

Kuatlah wahai hati.. Bersabarlah. Kebahagiaan menantimu penghujung jalan.. Amin. Sesungguhnya, demi mereka, aku sanggup Ya Allah..

Sungguh ! Demi mereka, kabulkanlah permintaanku.. Amin

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, betapa banyak air mata mengalir di pipi.. Namun, aku belajar untuk bersabar. Pasti ! Engkau ada perancangan dan rahsia istimewa untukku. Sungguh, aku yakin ! Semoga dengan ujian dugaan yang Engkau berikan akan mendekatkan diri-ku kepadaMu dengan penuh rasa cinta dan kasih. Amin.

Berkati dan redhakanlah perjalananku.. Sebuah perjalanan mencari damai di hati, redha Ilahi.. InsyaAllah..

DAN ORANG YANG SABAR KERANA MENCARI KEREDHAAN TUHANNYA, MENDIRIKAN SOLAT DAN MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI NAFKAHKAN KEPADA MEREKA, SECARA SEMBUNYI ATAU TERANG-TERANGAN, SERTA MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN, ORANG ITULAH YANG MENDAPAT TEMPAT KESUDAHAN YANG BAIK.
SURAH AR-RAD : AYAT-22

Salam dari Arau,

Nurul Amalina Abu Bakar

Posted in Uncategorized | Leave a comment